Panasnya Hari Ini

Rasuah:Rafizi Buat Laporan SPRM

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli membuat laporan mengenai dakwaan rasuah melibatkan kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya telah memberikan maklumat yang saya ada setakat ini kepada SPRM mengenai aduan terhadap pengendalian kerajaan negeri Selangor. Harapan saya adalah supaya kita memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan tanpa dihalang oleh kuasa politik atau persepsi.

“Saya rasa perkara paling teruk yang berlaku ialah SPRM sentiasa dilihat terperangkap dalam permainan politik. Ini (membuat laporan) adalah sesuatu yang biasa yang perlu dilakukan oleh orang ramai,” katanya memetik sumber Mstar Online.

Terdahulu, terdapat kira-kira 50 orang yang hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi menunjukkan sokongan mereka kepada Rafizi termasuk Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen; Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Pada Selasa lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Rafizi perlu membawa semua bukti rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor termasuk habuan wanita dan wang yang ada padanya untuk dirujuk terus ke pihak SPRM.

Wan Azizah dilaporkan berkata bahawa biro politik juga akan meneliti dakwaan tersebut dan sekiranya ia melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");