Berita Hari Ini

Sky box tarikan baharu Menara KL

KUALA LUMPUR – Menara Kuala Lumpur terus mengorak langkah dalam usaha menarik kunjungan pelancong dalam dan luar negara apabila memperkenalkan satu lagi produk baharu, iaitu ‘Sky Box at Sky Deck’.

Orang ramai berpeluang berdiri dalam kotak kaca pada aras ketinggian 300 meter dari aras tanah, sekaligus melihat pemandangan ibu kota pada skala 360 darjah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, berkata, tarikan baharu itu dilihat mampu meningkatkan jumlah pengunjung Menara Kuala Lumpur dari dalam dan luar negara.

Menurutnya, ianya dijangka mula dibuka kepada orang ramai bermula 20 Mei depan mengambil simbolik ulang tahun ke 20 Menara Kuala Lumpur pada tahun ini.

“Sky Box terletak di Sky Deck iaitu di pelantar terbuka Menara KL. Pengunjung berpeluang bergambar dalam kotak kaca ini yang mana mampu menampung enam orang dalam satu-satu masa.

“Tiada caj tambahan dikenakan, hanya harga tiket masuk sedia ada. Jadi mana-mana pengunjung yang pernah datang, boleh datang lagi untuk merasai pengalaman baharu ini dan kita juga alu-alukan pengunjung baharu,”katanya.

Mengulas lanjut, Meor berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung aspek keselamatan yang menjadi perhatian awam disebabkan ketinggian Sky Box berkenaan.

“Ciri-ciri keselamatan amat dititikberatkan dan kawalan juga sentiasa dibuat sepanjang masa memastikan setiap SOP diikuti.

“Pembinaan struktur tambahan ini juga dibuat dengan melakukan kajian termasuk melibatkan arkitek asal yang membina menara ini dalam masa sama penyelenggaraan akan sentiasa dibuat,”katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");