Membawang Hari Ini

Uee, Sang Yoon sah bercinta

Aktres jelita Uee sah menjalin hubungan dengan aktor Lee Sang Yoon.

Sebelum ini, Sports Donga mendedahkan pasangan ini bercinta sejak awal tahun lalu.

Berikutan pendedahan itu, gambar lama pasangan itu mengahadiri acara MAMA tahun lalu hangat tersebar di Internet.

Pun begitu mereka cuma hadir sebagai penyampai dan tiada tanda-tanda sedang bercinta.

Sumber rapat Uee dan Sang Yoon mendedahkan seperti kebanyakan pasangan lain, hubungan dua selebriti terkenal ini juga ada pasang surutnya.

“Mereka saling mencintai dan nampak sangat bahagia.

“Ramai rakan artis mencemburi kemesraan mereka. Namun, lumrah percintaan bukan semuanya indah, ada masanya mereka bermasam muka, tetapi sekejap sahaja dan kembali mesra seperti biasa,” kata sumber.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");