Jenayah

Dijel miliki barangan militan, wang palsu

Kuala Lumpur: Seorang pereka grafik dijatuhi hukuman penjara masing-masing 20 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki barangan berkaitan kumpulan pengganas dan enam keping wang palsu, Mac lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Saiful Hashim, 35, dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak berkuatkuasa dari tarikh tangkap pada 22 Mac lalu.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki satu pelekat lambang kumpulan pengganas Daish dan satu imej gambar menunjukkan susunan senjata api, bom tangan dan peluru dengan nama Epol Antilabel berserta satu bendera yang ditemui dalam komputer riba.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau boleh dilucutkan hak mana-mana barangan itu.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki enam keping wang kertas palsu RM10 dan berniat menggunakan wang palsu itu sebagai tulen dan didakwa mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di No 56 Jalan Sekolah Derma, Kangar, Perlis pada jam 9.45 pagi, 22 Mac lalu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");