Jenayah

Merkuri tumpah

Kapit: Bilik guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru di sini, ditutup selama setengah jam berikutan berlaku tumpahan merkuri dari termometer yang pecah, dalam kejadian pagi, semalam.

Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu berlaku apabila termometer yang dipegang seorang guru terlepas dari pegangan menyebabkan ia terjatuh di lantai dan pecah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, enam anggota diketuai seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapit bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.15 pagi.

“Anggota bomba menabur serbuk sulfur atas permukaan tumpahan merkuri dan menggunakan pita pelekat bagi membersihkan sisa di permukaan lantai.

“Bahan terbabit kemudian disimpan dalam bekas tertutup. Pasukan bomba membersihkan permukaan lantai menggunakan peluntur bagi memastikan tiada lagi sisa bahan kimia,” katanya.

Farhan berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.06 pagi dan bilik guru dibuka semula dan beroperasi seperti biasa.

“Ini adalah kejadian keempat yang kami terima berkaitan tumpahan merkuri dalam premis. Tiga daripadanya dibersihkan oleh bomba, manakala satu lagi dilakukan pemilik premis sendiri.

“Orang ramai diingatkan berhati-hati dengan penggunaan alat yang mengandungi bahan kimia berbahaya.

“Sekiranya berlaku kebocoran atau tumpahan, lebih baik berhubung dengan pihak berkuasa bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");