Panasnya Hari Ini

Pemecatan Muhyiddin, Mukhriz Tragedi Paling Buruk Dalam UMNO

KUALA LUMPUR : Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menyifatkan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir serta menggantung keahlian Datuk Seri Shafie Apdal adalah tragedi paling buruk dalam sejarah UMNO.

Presidennya, Kamarul Azman berkata, pemecatan kedua-dua bekas pemimpin itu adalah paling ganjil dalam UMNO malahan dalam mana-mana parti politik dan peradaban manusia di dunia ini.

“Belum pernah berlaku di mana yang dipecat, digantung keahlian adalah mereka yang bersuara tentang salahlaku pemimpin dan bukannya terhadap pemimpin yang melakukan salahlaku.

“Ini merupakan satu perkara yang akan ditertawakan oleh seluruh dunia,”katanya menerusi satu kenyataan.

Ujarnya lagi, pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz serta penggantungan keahlian Shafie akan melahirkan banyak persoalan termasuklah tentang integriti Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kamarul berkata, Najib kini menjadi orang nombor satu paling dibenci di negara ini tetapi Presiden UMNO itu seolah-olah tidak mahu menerima hakikat tersebut.

“Pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz serta penggantungan Shafie akan mempunyai tempias negatif terhadap Majlis Tertinggi yang kini dipandang hina oleh masyarakat.

“Mereka dianggap sebagai kumpulan ‘perasuah’ termahal di Malaysia,”ujarnya.

Terdahulu, Najib mengumumkan berhubung hal tersebut kerana ketiga-tiga pemimpin itu berada satu pentas dengan pemimpin pembangkang termasuklah menyerang kepimpinan UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");