Jenayah

Rumah terbakar, warga emas enggan bangun tidur

KRUBONG: Tindakan pantas jiran tetangga memadamkan api pada sofa di ruang tamu bukan sahaja dapat menyelamatkan sebuah rumah musnah terbakar, tetapi juga seorang warga emas yang sedang tidur.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang kelmarin, lelaki berusia 60-an itu terpaksa ditarik dan diangkat jiran-jirannya di ruang tamu selepas dia enggan keluar dari rumahnya di Taman Seri Krubong di sini.

Difahamkan, lelaki berkenaan berseorangan di dalam rumah, sementara isterinya masih bekerja sebelum rumah tersebut terbakar dipercayai akibat puntung rokok yang terjatuh di atas sofa.

Sementara itu, Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawi Bomba Kanan II Ashraf Abdullah berkata, seramai 10 anggota bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan jam 5.06 petang.

“Bagaimanapun sebaik sahaja tiba, kita dapati api sudah dipadamkan oleh orang awam dan kebakaran membabitkan 20 peratus termasuk ruang tamu dan siling rumah ini.

“Ketika kejadian terdapat seorang lelaki di dalam rumah tesebut tetapi dia berjaya dibawa keluar juga oleh orang awam selain beberapa perobot dan peralatan elektrik lain,” katanya di sini.

Beliau berkata, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian dialami mangsa masih lagi dalam siasatan forensik bomba.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");