Sukan Hari Ini

Iskandar janji aksi terbaik

PERSEORANGAN lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin tidak mahu memberi tekanan dengan memikirkan mengenai pencabarnya menjelang Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Taiwan yang akan bermula hari ini.

Menurut Iskandar, perkara yang penting dia perlu mempamerkan sekarang adalah tahap keyakinan yang tinggi dan fokus setiap perlawanan.

“Siapa pun pencabar, saya tetap perlu berwaspada.

“Saya tidak mahu fikir mengenai Chen Long atau sesiapa kerana semua pencabar di sini berbahaya.

“Saya cuma harap keadaan di sini akan berjalan dengan lancar serta mempunyai tahap keyakinan yang tinggi,” katanya.

Iskandar yang kini berada di ranking ke-32 dunia akan bertemu pemain Indonesia, Firman Abdul Kholik pada pusingan pertama kejohanan.

Sekiranya melepasi aksi pembukaan itu, dia bakal menentang sama ada Zi Liang Derek Wong dari Singapura atau lawan yang beraksi di pusingan kelayakan.

Selepas itu, Iskandar berdepan laluan lebih sukar apabila dijangka bertemu pemain nombor dua dunia dari China, Chen Long di pusingan ketiga.

Mengulas lanjut, pemain berusia 25 tahun itu percaya dia mampu melakar kejutan sekiranya berjaya mempelbagaikan strategi pada kejohanan itu.

“Cuma perlu kekalkan keyakinan dan perbanyakan lagi variasi untuk bermain.

“Dengan itu, tiada mustahil untuk kejutkan Chen Long, apa pun, saya akan cuba sebaik mungkin,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");