Panasnya Hari Ini

1MDB : ‘Siapa Tidak Kenal Amerika’ – PAS

KUALA LUMPUR : PAS hari ini menafikan bahawa parti itu mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kenyataan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap Perdana Menteri dan pendedahan korupsi serta kecurian wang dalam syarikat milik negara, 1MDB.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, parti itu hanya mengingatkan bahawa Amerika Syarikat boleh menjadikan isu pendedahan DOJ sebagai sebab untuk melakukan sesuatu kepada negara.

“Kononnya Osama Bin Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang terjadi selepas itu. Memburu kumpulan Al Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi. Di Syria atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita.

“Siapa tidak kenal Amerika terhadap negara umat Islam. Ini peringatan umum. PAS konsisten mengenai hal kedaulaatan negara,”katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, Idris berkata, penentangan PAS mengenai isu Perjanjian Trans –Pasifik (TPP) adalah asas yang sama.

Ujarnya, PAS tidak mahu negara luar menguasai khazanah negara dan tidak mahu ada penjajahan ekonomi.

“Jangan pula penyokong UMNO hendak membela isu pendedahan DOJ dengan alasan campur tangan asing. Sedangkan TPPA, UMNO/BN menyokong kuat,”ujarnya.

Mengenai pendedahan DOJ, Idris menggesa agar tindakan perlu diambil kepada individu terbabit.

“Pihak berkuasa negara wajib memberikan kerjasama untuk selesaikan isu ini jika pihak DOJ mahu individu terbabit dihadapkan ke perbicaraan nanti.

“Ini proses keadilan biasa di dalam mana-mana negara. Rakyat Amerika melakukan kesalahan di negara ini, mereka dihukum mengikut undang-undang di negara ini.

“Jangan mangsakan negara dan rakyat yang lain. Kamu buat, kamu mesti bertanggungjawab,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");