Sukan Hari Ini

Kejuaraan sulung beregu campuran

BEREGU campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing akhirnya menamatkan penantian merangkul kejuaraan badminton antarabangsa pertama mereka selepas tiga kali kempunan di pentas final.

Gandingan yang baru digandingkan pada akhir tahun lalu itu hanya mengambil masa 35 minit untuk meraih gelaran di kejohanan Grand Prix Terbuka Vietnam dengan menundukkan Alfian Eko Prasetya-Annisa Saufika dari Indonesia 21-16, 21-11.

Ini adalah satu kepuasan peribadi buat Kian Meng, 21, dan Pei Jing, 23, yang sebelum ini tewas di pentas akhir Malaysia Masters pada Januari, kejohanan Antarabangsa Poland (Mac) dan Terbuka Taiwan, awal bulan ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");