Perak Hari Ini

Bumbung Rumah Ranap, Dihempap Pokok Tumbang

TAIPING:Sebuah rumah hampir musnah berikutan sebuah pokok yang tumbang lalu merosakkan bahagian bahagian bumbung rumah tersebut dalam kejadian yang berlaku malam semalam.

Menurut sumber jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat kejadian berlaku di No 8, Kampung Yam Seng Jalan Kampung Dew sekitar jam 10.03 malam semalam.

“Kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah pokok tumbang lalu menghempap bahagian bumbung rumah tersebut,” katanya.

Tambah sumber lagi, berikutan kejadian tersebut rumah tersebut mengalami kemusnahan sekitar 15 peratus dibahagian dapur dan ruang tamu.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati pokok tersebut tumbang mengenai bahagian tengah rumah dan dapur sahaja,” katanya.

Bagaimanapun tiada mangsa yang mengalami kecederaan.

“Pihak penyelamat telah bertindak membuat pemotongan pokok menggunakan peralatan khusus seperti gergaji dan parang untuk mengalihkan pokok tersebut,” kata sumber lagi.

Operasi tamat sekitar jam 3.11 pagi tadi yang diketuai oleh Ketua Operasi PBK II Zainal Kifli Taib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");