Isu Panas

‘Kenyataan Shabery memalukan’

SHAH ALAM – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyelar kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menyifatkan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap 1MDB sebagai perkara biasa.

Menurutnya, kenyataan Shabery Cheek amat tidak bertanggungjawab, terdesak dan memalukan.

Tegasnya, sebagai bekas pensyarah universiti, Shabery seharusnya membaca halaman 136 dalam laporan DOJ yang mengatakan A$1 bilion diselewengkan dari 1MDB.

“Beliau seharusnya baca dan faham kandungan muka surat tersebut. Selepas itu, adakah beliau akan mengeluarkan dakwaan yang sama (perkara biasa)?,” soalnya.

Kelmarin, Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, beliau percaya kerajaan akan memberikan kerjasama kerana tiada yang disembunyikan.

Katanya, apa yang berlaku perkara biasa terpaksa dilalui dalam urus tadbir negara, malah sebelum ini negara pernah berhadapan situasi lebih besar misalnya skandal Bumiputra Malaysia Finance.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");