Sukan Hari Ini

Nolito Tolak Tawaran Barcelona Demi Guardiola

PEMAIN baharu Manchester City, Nolito mengakui menolak tawaran untuk kembali ke Barcelona kerana ingin bersama Pep Guardiola.

Guardiola merupakan jurulatih Nolito ketika di Barcelona B dan sentiasa memberi peluang kepada pemain berkenaan sehingga berhijrah ke Benefica dan Celta Vigo.

Pemian berusia 29 tahun itu sepatutnya kembali ke Barcelona pada musim ini namun memilih untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris.

“Ada sesuatu yang telah saya bincangkan dengan keluarga dan pihak pengurusan. Saya rasakan ini adalah keputusan terbaik untuk diri dan karier.

“Saya mengucapkan selamat berjaya kepada Barcelona dan sangat menghargai tawaran berkenaan. Saya bertuah kerana pernah beraksi bersama Lionel Messi. Ia membuatkan saya gembira.

“Saya juga teruja untuk bermain di City dan akan cuba mendapatkan yang terbaik bersama kelab ini. Saya gembira dengan keputusan yang dibuat untuk bersama Guardiola di City,” katanya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");