Jenayah

Pasangan pecah kereta dan curi ditahan

Kuala Lumpur: Sepasang kekasih yang aktif mencuri kad kredit dan barangan berharga ditinggal di dalam kereta di kawasan riadah ditahan polis dalam serbuan di rumah di Pelangi Court, Bandar Baru Klang, Selangor, Selasa lalu.

Dalam serbuan 9.45 malam itu, lelaki tempatan berusia 49 tahun dan pasangannya wanita warga China berusia 45 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pecah kereta dan curi di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Klang sejak tiga tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, susulan penangkapan itu polis merampas pelbagai peralatan digunakan bagi memecah masuk kereta seperti alat ‘Jammer’ yang digunakan untuk mematikan sistem penggera kenderaan, spanar, ‘allen key’ yang dibuahsuai termasuk barangan curi antaranya kad kredit, kad bank dan barang berharga dianggarkan bernilai RM8,000.

Katanya, siasatan mendapati suspek akan berpura-pura sebagai pasangan yang hendak beriadah dan akan memerhatikan mangsa yang meletakkan kereta di kawasan berkenaan.

“Selepas ada peluang, suspek akan membuka kereta mangsa dangan menggunakan alat khas ‘Jammer’ yang diperolehi dari negara China dan ‘allen key’ bagi membuka pintu kenderaan terbabit.

“Suspek akan mengambil barang berharga serta kad kredit dan kad ATM milik mangsa yang ditinggalkan. Mereka akan menggunakan kad kredit atau kad debit terbabit untuk beli barang berharga dan berjenanam di pusat beli-belah sebelum menjualnya bagi mendapatkan wang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurut Izany, semakan dilakukan mmendapati suspek lelaki terbabit mempunyai lima rekod jenayah lampau sejak tahun 1984 hingga 2006.

Katanya, menerusi tangkapan itu polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes membabitkan suspek sama.

“Suspek kini direman selama empat hari sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 420/465 akta sama kerana menipu dan pemalsuan kad kredit.

“Siasatan turut dilakukan dua lagi rakan suspek yang terbabit dalam kes ini,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");