Sukan Hari Ini

Penyokong: Liverpool, Sevilla didenda

GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool dan kelab Sepanyol, Sevilla masing-masing didenda Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) susulan kekecohan dicetuskan penyokong sebelum dan semasa aksi final Liga Europa di Basel, Mei lalu.

Hukuman itu dikenakan kerana kesalahan berkaitan gangguan penyokong, membakar mercun, bunga api dan memaparkan kain rentang yang dilarang.

Sebelum perlawanan beberapa kumpulan kecil penyokong bergaduh di belakang tiang gol dengan penyokong mendakwa kawalan keselamatan yang lemah menyebabkan insiden itu.

Dalam pada itu, ada juga kritikan terhadap keputusan UEFA memilih Stadium St Jakob-Park yang hanya mampu memuatkan 35,000 penonton yang dikatakan amat kecil untuk menjadi gelanggang perlawanan final utama Eropah itu.

Sevilla, yang menang 3-1 dan menjadi juara kejohanan didenda 17,000 euro manakala Liverpool didenda 16,000 euro.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");