Perak Hari Ini

Sultan Perak Hadiri Sambutan Hari Pahlawan 2016

IPOH:  Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menghadiri majlis Sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri Perak di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK) di sini hari ini.

Turut berangkat sama Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Shah.

Sultan Nazrin tiba di perkarangan Dataran (SUK) pada jam 9.02 pagi serta disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Polis Perak, Datuk  Seri Abdul Rahim Hanafi, Panglima Armada TLDM,  Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli dan Panglima Markas 2 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mas’od Muhammad serta barisan exco kerajaan negeri yang lain.

Acara bermula dengan nyanyian lagu kebesaran Negeri Perak sebelum baginda berangkat memeriksa barisan kawalan kehormat utama.

PERAK TODAY 7

Sejurus itu, acara diteruskan dengan tiupan ‘last post’ dan bendera Malaysia diturunkan separuh tiang disertakan dengan bacaan doa selepas itu.

Majlis diteruskan lagi dengan deklamasi sajak oleh Suprintendan Rosbaini Kassim dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang bertajuk ‘Pahlawanku’ sebelum bendera Malaysia dinaikkan semula.

PERAK TODAY 2

Sultan Nazrin kemudiannya berangkat ke majlis santapan.

Barisan kawalan kehormat utama terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta yang diketuai  Pegawai Pemerintah Baris, DSP Muhammad Nazri Ramli dan dibantu oleh ASP Mohd Aizat Doni.

PERAK TODAY 4

Hari Pahlawan turut disambut di setiap peringkat negeri bagi mengenang dan menghargai jasa pahlawan yang terkorban serta cedera ketika mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");