Panasnya Hari Ini

Parti Baharu Tukar Corak Perjuangan UMNO

KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa parti baharu bakal ditubuhkan akan dibarisi pemimpin baharu bertujuan untuk menukar cara perjuangan Umno, yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ujarnya, pemimpin baharu turut dibantu pemimpin lama bagi memulihkan kembali imej negara.

“Dalam PRU14 kita harap letak calon baharu dan lama, tapi yang baharu kita nak cari supaya mereka ini boleh bersihkan parti yang tak lagi buat amalan seperti Najib lakukan.

“Kerajaan mestilah berkhidmat untuk rakyat dan kita perlu kalahkan BN. Beri kemenangan kepada parti baharu dan rakan-rakannya,” katanya dalam ceramahnya pada Program Bicara Isu Semasa Selamatkan Malaysia, di Karangan, kelmarin memetik sumber Sinar harian.

“Kita akan pilih orang-orang yang ikhlas, berpegang kepada ajaran Islam supaya tak terima duit yang tak halal. Merekalah akan jatuhkan Najib,” katanya.

Beliau turut mengakui masih menyayangi Umno yang banyak berjasa kepada negara, namun perjuangan yang sepatutnya pada ketika ini sudah diketepikan oleh pemimpin sekarang.

“Hari ini dasar perjuangan Umno ialah untuk tentukan Najib tak dihadapkan ke mahkamah.

“Inilah perjuangan Umno sekarang. Sebab itu saya keluar awal-awal lagi. Bila bau busuk kita tak boleh tahan, saya keluar awal-awal,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat supaya bertindak menolak rasuah kerana ia akan merosakkan negara.

“Kita harap rakyat tak menerima rasuah kerana ia haram, malah dapat rosakkan negara. Jadi kita mahu rakyat pilih lah parti baru ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");