Panasnya Hari Ini

Tuduhan AS Perlu Dipandang Serius- Shafie Apdal

KUALA LUMPUR:Bekas naib presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan undang-undang sekiranya dakwaan Amerika Syarikat (AS) dalam isu melibatkan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak benar.

“Saman pihak kerajaan Amerika Syarikat sekiranya dakwaan mereka tidak benar,” katanya memetik sumber Astro Awani.

Jelasnya lagi, Peguam Negara Malaysia bukan hanya perlu menafikan dakwaan itu malah harus mendedahkan hasil laporan audit negara mengenai 1MDB kepada umum.

Ujarnya walaupun penjelasan telah disampaikan oleh Peguam Negara namun perlu ada tindakan susulan kerana semua tuduhan AS itu menjejaskan imej negara jika tidak ditangani segera.

“Saya harap laporan (audit negara) itu didedahkan kepada umum dan apa yang penting kepada kita adalah tindakan susulan terhadap perkara ini. Ia bukan hanya (hal) kehilangan duit, (malah) memalukan imej negara di pentas dunia,” ujarnya.

Malah beliau turut meminta semua tuduhan AS itu dipandang serius.

Jelasnya lagi, Peguam Negara mempunyai hak untuk pergi ke AS untuk menjalin kerjasama bagi menyelesaikan isu dakwaan tersebut, seterusnya membersihkan nama negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud pada petang Ahad.

Terdahulu dalam majlis itu juga, Biro Agama UMNO Bahagian Kota Belud, Hanjan Samit dan beberapa ahli UMNO Kota Belud mengumumkan keluar UMNO di hadapan Mohd Shafie.

Mengulas lanjut mengenai ura-ura penubuhan parti baharu di bawah kepimpinan Mohd Shafie cuma menjawab: “Tunggu dan lihat.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");