Membawang Hari Ini

“Berdebar Urus Persiapan Kahwin Berbanding Akad Nikah” – Saharul Ridzwan

MELAKA: Pelakon Saharul Ridzwan berkata, debaran untuk memastikan majlis perkahwinannya bersama pengusaha butik pakaian muslimah, Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, berjalan lancar dan sempurna melebihi debaran menghadapi majlis akad nikahnya pada 16 Sepetember depan.

Saharul, 27, berkata, biarpun persiapan hari bersejarahnya itu sudak hampir 90 peratus disempurnakan, namun ia tidak bermakna dia boleh berasa selesa sebaliknya membuatkan dirinya tidak boleh tidur lena memikirkan perkara tersebut.

“Ini bukan perkara main-main dan tidak keterlaluan untuk saya katakan, debarannya melebihi dari memikirkan untuk majlis akad nikah.

“InsyaAllah, saya merancang untuk adakan dua buah majlis di mana untuk majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrjaya akan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat, manakala sebuah lagi majlis saya adakan khas untuk peminat dan rakan media di sebuah lokasi yang akan saya umumkan kelak,” katanya kepada mStar Online.

Saharul ditemui di majlis pengumumannya sebagai Duta Tonton VIP bersama pelakon Mia Ahmad di Desa Balqis Beach Resort, Melaka, Sabtu lalu.

Dalam perkembangan sama, Saharul menegaskan dia tidak sesekali akan meninggalkan lapangan lakonan seandainya berstatus suami kelak kerana dunia lakonan dianggap sudah sebati dengan dirinya.

“Berhenti berlakon itu tidak kerana ia menjadi keghairahan saya namun saya mempunyai perancangan untuk lebih aktif dalam lapangan perniagaan selepas ini seperti mengusahakan perniagaan berkonsepkan pemakanan atau protein, namun semuanya itu masih dalam perancangan,” katanya.

Berkongsi tentang perlantikannya sebagai duta Ton ton VIP, Saharul meluahkan rasa syukurnya dan menganggap ia sebagai rezeki bakal pengantin baru.

Menerusi pakej VIP serendah RM3 itu, penonton ditawarkan program siaran langsung, saluran premium dan arkib video tonton melebihi 23,000 jam tanpa henti tanpa sebarang iklan.

Pelan VIP ini bermula dari RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun).

Sementara itu dalam perkembangan lakonannya pula, Saharul bakal tampil dengan sebuah telefilem merdeka berjudul ‘Kapchai Ayah’ (TV3) selain sedang menjalani penggambaran dua buah drama bawah produksi JS Pictures Sdn. Bhd iaitu ‘Jalan Balik Surau’ dan ‘Kehebatan Ilahi’.

Dalam pada itu kata Saharul menerusi dua telefilem itu, dia sekali lagi dicabar pelakon Sheila Rusly untuk memegang dua watak yang agak berat berbanding watak-watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

“Ini bukan kali pertama saya menyahut cabaran beliau namun bezanya watak kali ini saya lihat lebih berat dan perkara ini sebenarnya membuatkan saya teruja untuk membuktikan kemampuan saya kerana saya percaya mutu lakonan saya meningkat kerana sering dicabar beliau sebelum ini,” katanya.

Saharul sebelum ini berjaya meraih populariti luarbiasa selepas kejayaannya memegang watak Tengku Zaril dalam drama ‘Hati Perempuan’ yang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 tidak lama dulu.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");