Panasnya Hari Ini

Hudud: Penentangan Bukan Islam Kerana Dipolitikkan- PAS

KUALA LUMPUR:Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan penentangan orang bukan Islam terhadap hasrat PAS Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud dan kisas berdasarkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II), Kelantan 1993 pindaan 2015 adalah kerana ia telah dipolitikkan.

Memetik sumber Astro Awani ujarnya, enakmen berkenaan sebenarnya tidak terpakai kepada bukan Islam kerana ianya akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah.

Jelas Mohd Amar disebabkan kurang faham dan dipolitikkan oleh parti politik, maka enakmen berkenaan mendapat tentangan daripada bukan Islam.

“Perkara ini (pindaan) menjadi suatu yang besar ialah apabila parti politik seperti MCA, DAP, dan mereka macam berebut untuk dapatkan sokongan dari masyarakat cina.

“ Sepatutnya ianya di lihat dari sudut akademik secara lebih objektif dan bukannya dibincang dengan emosi. Ini isu orang Islam dan kenapa diperbesarkan sampai kata nak gugat bukan Islam. Sebab kita bercakap dalam konteks kita Islam,” katanya.

Katanya, setakat ini penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap sesi penerangan itu, positif, namun terdapat pihak yang masih menentang.

Rang Undang-Undang (RUU) iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen Oktober ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");