Sukan Hari Ini

Rabiot: Arsenal bukan lawan PSG

PARIS Saint-Germain menyasarkan untuk mengungguli Kumpulan A walaupun sedar perlu berhadapan Arsenal yang turut diundi dalam kumpulan sama.

Malah, PSG yakin mereka dapat mengalahkan Arsenal di peringkat kumpulan.

“Kami bukan mahu memandang rendah keupayaan Arsenal, tetapi kami yakin mereka bukan lawan kami.

“Memang diakui mereka pasukan hebat dan mempunyai pengalaman di Eropah tetapi mereka masih lemah dan kami mempunyai lebih kehebatan di semua bahagian.

“Saya fikir ini adalah undian yang bagis dan tiada yang dapat menghalang kami menjadi juara,” kata pemain PSG, Adrien Rabiot.

PSG akan berhadapan Arsenal pada perlawanan pertama peringkat kumpulan di laman sendiri 13 September ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");