Isu Panas

Pemuda Umno diasak empat penjuru

SHAH ALAM – Sebagai wakil tunggal kerajaan dalam Wacana Sinar siri ke-40, Politik Malaysia : Di Mana Melayu?, yang berlangsung semalam di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii? menjadi sasaran keempat-empat panel lain dari parti pembangkang.

Menyedari hal itu, Mohd Razlan berkata, kehadirannya ke pentas wacana itu dengan berjiwa besar kerana mahu membicarakan soal orang Melayu.

“Seperti yang dikata moderator, saya akan ditentang empat penjuru tapi hari ini saya datang dengan jiwa yang besar. Kita nak bercerita tentang Melayu, sudah tentu kita memerlukan jiwa yang besar.

“Jika tidak, bagaimana kita nak cari titik pertemuan antara orang-orang Melayu untuk kita bawakan,” katanya di hadapan barisan penonton yang hadir menyaksikan wacana itu.

Empat panel lain terlibat, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari; Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir ; wakil Parti Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Srikandi PKR, Senator Siti Aishah Shaik Ismail.

Dalam wacana sama, ketika sesi soal jawab, Mohd Razlan sempat menyelitkan sindiran buat empat panel lain dengan mencadangkan mereka membuka pentas lain jika mahu berbicara tentang isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM2.6 bilion.

“Saya datang sini untuk berbicara tentang Melayu tapi disebabkan retoriknya rakan-rakan kita ini tak habis-habis bercerita tentang 1MDB.

“Kalau nak bercakap tentang 1MDB, RM2.6 bilion, buat program yang lain. Hari ini kita nak bercakap tentang Melayu,” katanya yang disambut sorakan peserta wacana.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");