Perak Hari Ini

Pupuk Semangat Kemerdekaan Seawal Umur 4 Tahun

IPOH : Lebih 300 murid daripada hampir 20 buah tadika di sekitar Ipoh berkumpul bagi memeriahkan Program Inovasi Alam Cilik yang dianjurkan oleh Taj International College (TIC) di sini, hari ini.

Program yang dianjurkan bagi mewujudkan semangat kemerdekaan itu turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Tadika Swasta dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

1 (19)

Ketua Pegawai Eksekutif TIC, Tina Tajuddin berkata, program ini bermatlamat untuk memperkenalkan alam sekitar dan juga konsep ‘Jom Menabung’ kepada kanak-kanak yang berumur sekitar empat hingga enam tahun.

 

 

“Selain itu, konsep yang kita terangkan ini ialah sayangi bumi atau dalam erti lain ialah sayangi Malaysia. Program ini juga selari dengan sambutan ambang kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

“Program yang disertai oleh anak-kanak yang terdiri daripada pelbagai bangsa pada ini turut diberi pengisian jiwa kemerdekaan di samping membantu dari segi inovasi dan kemahiran pendidikan,”katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Program Inovasi Alam Cilik berkenaan telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perak, Aznan Alias yang mewakili Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mohamad Amin Zakaria.

Ujarnya lagi, bagi mengisi semangat kemerdekaan dalam jiwa kanak-kanak yang hadir, mereka juga menyanyikan lagu-lagu patriotik dan peraduan mewarna bendera Malaysia.

“Anak-anak yang hadir ini terdiri dari pelbagai bangsa dan itu satu nilai kemerdekaan yang kita kena ada. Untuk sayangi Malaysia, mereka kena bersatu padu,”ujarnya.

3 (13)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");