Perak Hari Ini

Ribuan Hadir Sambutan Ambang Kemerdekaan 2016 Peringkat Negeri Perak

IPOH: Ribuan pengunjung telah membanjiri dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini bagi turut serta dalam Sambutan Ambang Kemerdekaan 2016 Peringkat Negeri Perak, malam tadi.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berkenan untuk berangkat ke majlis tersebut.

1

 

Turut hadir mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Sarifah Zulkipli serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Zambry ketika berucap turut mengambil peluang untuk mendeklamasikan sajak nukilan Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang.

10

Dalam pada itu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tarian dan nyanyian yang melibatkan tiga kaum utama di negara ini yang iaitu Melayu, Cina dan India.

Sebaik jam mencecah detik 12 malam, laungan ‘Merdeka’ telah bergema diseluruh padang MBI yang dilaungkan oleh tetamu kehormat dan juga orang ramai.

4

 

Nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang turut dialunkan sebaik sahaja selepas laungan merdeka tersebut.

Terdahulu, sambutan ambang kemerdekaan berkenaan dimulakan dengan Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");