Panasnya Hari Ini

Terus Usaha Raih Sokongan Bukan Melayu

KUALA LUMPUR: aib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihati wakil rakyat Barisan Nasional (BN) perlu terus membela nasib penduduk pelbagai kaum bagi meraih sokongan mereka dalam usaha merampas semula kerusi milik pembangkang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Memetik sumber Berita harian, ujarnya, kemenangan BN bergantung kepada strategi melalui daya kreatif dan usaha wakil rakyat dalam meraih sokongan pengundi yang juga penduduk di kawasan masing-masing.

“Berdasarkan pengalaman kita di Sarawak (Pilihan Raya Umum Sarawak 2016), Sungai Besar dan Kuala Kangsar (Pilihan Raya Kecil), kita jangan putus harapan terhadap sokongan kaum bukan Melayu.

“Ini (strategi) banyak bergantung kepada cara bagaimana kita (wakil rakyat) membawa diri dan mereka (pengundi) dapat melihat bagaimana pemimpin kita dapat membela nasib mereka tanpa melihat warna kulit (kaum),” katanya.

Terdahulu Ahli Parlimen Sembrong itu berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Katil di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka pada Ahad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");