Berita Hari Ini

Zahid puji Pameran Gambar Merdeka

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji inisiatif Pusat Sumber Kumpulan Straits Times Press (NSTP) menganjurkan Pameran Gambar Merdeka kerana ia sangat bermanfaat untuk tatapan generasi muda.

Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha itu perlu diteruskan di masa hadapan supaya orang ramai dapat terus mengingati sejarah kemerdekaan negara.

Beliau menghabiskan masa kira kira sepuluh minit untuk melawat pameran itu selepas bertemu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand, General Prawit Wongsuwan, yang melakukan lawatan kerja sehari ke Malaysia, hari ini.

Yang turut mengiringi Ahmad Zahid sewaktu mengadakan lawatan itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Pameran yang berlangsung di lobi Hotel Marriott Putrajaya itu turut menyediakan Halaman Gerai Merdeka yang menyajikan makanan tradisional bermula hari ini hingga 16 September depan dengan kerjasama pihak hotel.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");