Jenayah

‘Duduklah dalam penjara tu, renungkanlah,’ kata hakim

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja restoran terpaksa meringkuk lebih lama dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini menaikkan hukuman penjara daripada 20 tahun kepada 25 tahun kerana merogol anak tirinya yang berusia enam tahun, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah juga menambah jumlah sebatan yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen terhadap tertuduh, daripada 15 sebatan kepada 20 sebatan.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan tertuduh bagi mengurangkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 30 Oktober 2015, dan memerintahkan Kairuddin menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 14 November 2014.

Lelaki itu dituduh melakukan perbuatan itu pada 7 November 2014, antara 5 petang hingga 9 malam, mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat.

Mohamad Shariff dalam penghakiman berkata mahkamah bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Sesyen bahawa saksi kanak-kanak (mangsa) bercakap benar dan disokong oleh keterangan saksi-saksi pendakwaan lain.

“Keputusan hakim Mahkamah Sesyen itu adalah keputusan yang betul, benar dan tepat, oleh itu mahkamah ini tidak ada alasan untuk mengganggu keputusan Mahkamah Sesyen.

“Ingatlah bahawa anak itu satu anugerah dan amanah untuk kita jaga, jangan buat yang tidak betul, berilah didikan sempurna. Duduklah dalam penjara tu dan renungkanlah,” katanya sambil menasihatkan Kairuddin agar bertaubat.

Tertuduh diwakili peguam PG Cyril, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");