Berita Hari Ini

Iktiraf kepimpinan cemerlang

Cyberjaya: Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), di sini hari ini.

Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom merangkap Canselor LUCT berkenan menyampaikan anugerah berkenaan kepada Tun Mohd Khalil.

Penganugerahan itu diberikan bagi mengiktiraf kepimpinan cemerlang Tun Mohd Khalid dalam proses pembangunan negara terutama di Melaka.

Selain itu, Tun Mohd Khalil juga berjaya meletakkan Melaka sebagai salah satu negeri yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) pada 2008 sekali gus menjadikan Melaka tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");