Perak Hari Ini

Jangan Konsesikan Projek MARRIS

IPOH : Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas ‘F’ (PERKOBF) meminta kepada kerajaan agar tidak mengkonsesikan projek-projek yang berdaftar dengan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS).

Presidennya, Tukiman Radion berkata, sekiranya projek tersebut dikonsesikan, ianya akan menyukarkan kontraktor kontraktor kelas F untuk mendapatkan projek.

“Seandainya kerajaan menswastakan projek-projek MARRIS ini, nampaknya kontraktor kelas F tidak berpeluang untuk mencari makan kerana projek-projek kerajaan Persekutuan telah dikonsesikan.

“Jadi kita perlu bersuara, membantah sebelum ditubuhkan konsesi tersebut kerana jika ia ditubuhkan, ia akan menjadi satu permasalahan,”katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PERKOBF Malaysia Cawangan Perak, hari ini.

Tambahnya lagi, beliau turut meminta agar hak-hak kontraktor kelas F ini dilihat semula supaya dapat diagihkan dengan cara yang tepat dan tidak menyasar ke tempat lain.

Tukiman berkata, sehingga kini, jumlah kontraktor kelas F di seluruh Malaysia adalah seramai 24,000.

peraktoday-15

“Setakat tahun ini, hanya 30 peratus yang sudah mendapat projek manakala selebihnya tidak mendapat projek.

“Mereka ini ada keluarga untuk disara. Tambahan pula ada ramai kontraktor muda dimana mereka mewarisi perniagaan keluarga mereka,”katanya.

Sementara itu, beliau turut mengharapkan agar kerajaan dapat menaikkan had projek untuk kontraktor kelas F daripada RM200,000 ke bawah kepada RM350,000 ke bawah.

Ini kerana, Tukiman berkata, permintaan itu dibuat memandangkan kos bahan sudah meningkat.

“Kita sudah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kita mengharapkan pada pembentangan bajet Oktober ini, ada cahaya kepada kontraktor kelas F,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");