Perak Hari Ini

Pameran Sofa Terpanjang Kini Di AEON Klebang

perak-today-2
Penyelaras Program Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJK), Asma Tokiman

IPOH:Sofa terpanjang menggunakan bahan kitar semula iaitu jeans terpakai yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) April lalu kini dipertonton kepada umum yang bertempat di pasaraya AEON Klebang di sini hari ini.

Menurut Penyelaras program Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJK), Asma Tokiman sofa sepanjang 52.5 meter itu berjaya disiapkan dalam tempoh masa enam bulan dengan hasil sumbangan dua helai jeans terpakai oleh setiap peserta yang terlibat.

Bertemakan ‘Be A Part Of The Breakthrough And Made Someone’s Dreams Come True’, PSJK mengetengahkan konsep kitar semula dengan menggunakan jeans terpakai untuk dijadikan sofa terpanjang di Malaysia.perak-today-3

“Objektif penyediaan sofa terpanjang ini setiap orang diberi peluang menyumbang kreativiti dan barangan terpakai untuk dijadikan sesuatu yang mempunyai nilai,” katanya kepada media di sini hari ini.

perak-today-8Tambahnya lagi, sofa tersebut terhasil daripada kerjasama dan penyertaan semua pihak dan dianggarkan seramai 130 hingga 140 orang boleh menggunakan pada satu masa.

“Sofa terpanjang menggunakan barangan terpakai yang dihasilkan oleh lebih ratusan peserta yang menyumbangkan seluar jeans terpakai untuk dijadikan sofa tersebut.

“Malah banduan di penjara Seberang Perai Pulau Pinang turut menyumbang tenaga bagi menghasilkan sofa berkenaan,” katanya lagi.

Katanya, setakat ini sofa tersebut hanya dipamerkan kepada umum dan siri jelajah akan dijalankan untuk memberi peluang kepada para peserta terlibat mampu melihat hasil yang dilakukan oleh mereka.

“Jelajah kali kedua sebelum ini berlangsung di AEON Shah Alam dan bakal menjelajah di seluruh Malaysia antaranya ke Kuantan Pahang,” katanya lagi.

Turut dipamerkan pelbagai produk-produk yang menggunakan barangan terpakai antaranya seperti hiasan dinding, beg dan cadar.

perak-today-7 perak-today-4

perak-today-5 perak-today-6

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");