Panasnya Hari Ini

Pulau Pinang Pertimbang Adakan PRN Bantah Persempadanan Semula

KUALA LUMPUR:Ketua Menteri, Lim Guan Eng menegaskan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang akan mempertimbangkan segala kemungkinan, termasuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi membantah proses persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Memetik sumber Berita Harian bagaimanapun, ujarnya, kerajaan negeri belum membincangkan perkara itu secara mendalam, selain akan menyerahkan bantahan kepada SPR terlebih dahulu dalam tempoh terdekat.

“Kerajaan negeri akan ambil kira semua kemungkinan, termasuk mengadakan PRN kerana proses persempadanan semula ini dilihat berat sebelah.

“Namun, kerajaan negeri akan menghantar bantahan sebelum 14 Oktober ini kepada SPR dahulu dan selepas itu kita akan buat keputusan,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, DAP mencadangkan kerajaan negeri Selangor mengadakan PRN bagi membantah proses persempadanan semula SPR yang didakwa berat sebelah.

Namun, cadangan tersebut ditolak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");