Perak Hari Ini

RISDA Bakal Lancar Logo Produk Muslim

IPOH: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan melancarkan satu logo Produk Muslim pada awal tahun depan.

perak-today-4

Pengerusi RISDA Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, ia akan dilakukan dengan kerjasama Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) yang mana dijangka akan mengadakan persidangan berhubung perkara tersebut awal tahun depan.

“Kita juga sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi serta pertubuhan agama di dalam dan juga luar negara, yang mana logo ini akan kita perluaskan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mini Karnival Usahawan RISDA Peringkat Negeri Perak, di MYDIN Mall Meru, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah RISDA negeri, Ali Sabudin Abdul Samad, Timbalan Pengarah (Pembangunan) RISDA, Mohd Ghazali Abd. Majid dan Pengerusi Kelab Usahawan RISDA Negeri Perak (RISEC), Raffli Mat Noor.

perak-today-2

Jelasnya, langkah tersebut untuk memastikan bahawa produk yang dikeluarkan adalah keluaran daripada Orang Islam.

“Masalahnya yang berdaftar dengan Halal Industry Development Corporation (HDC) dan berdaya saing eksport hanya lebih kurang 11 peratus syarikat orang Islam, syarikat bukan Islam 89 peratus.

“Manakala yang berdaftar halal dalam negara yang berdaya saing hanya 28 peratus syarikat orang Islam dan 72 peratus lagi bukan syarikat orang Islam tetapi halal. Jadi sebab itu RISDA mahu tumpukan dalam bidang halal ini untuk membantu mereka (syarikat orang Islam),” katanya lagi.

perak-today-3

 

Tegasnya, logo berkenaan bukan untuk menggantikan logo halal yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebaliknya ia adalah untuk menunjukan bahawa produk tersebut adalah keluaran orang Islam.

“Mengikut undang-undang negara ini, kuasa memberikan logo halal itu sememangnya terletak pada JAKIM dan kebanyakkan syarikat boleh memohon logo halal tersebut.

“Tetapi selepas dapat logo halal JAKIM itu, satu lagi logo akan kita perkenalkan iaitu logo produk muslim yang menunjukkannya ia produk keluaran orang Islam dan boleh digunakan tanpa was-was,” katanya.

perak-today-1

Sementara itu, mengulas lanjut, beliau turut berharap agar lebih ramai lagi usahawan muslim dapat berdaftar dengan RISEC.

Jelasnya, ia bertujuan bagi menghimpunkan usahawan RISDA di bawah satu bumbung dalam usaha untuk mengetengahkan produk keluaran mereka.

“Ia sekaligus dapat membantu usahawan berkenaan daripada segi pemasaran dan membina jaringan perniagaan yang luas,” katanya lagi.

perak-today-7

Tambah beliau lagi, sejak tahun 2010 sehingga kini, seramai 914 orang usahawan RISDA telah menjadi ahli RISEC di negeri Perak.

“Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk ahli RISEC negeri Perak antaranya Kursus Pemasaran atas talian (Online), perniagaan atas talian, penglibatan dengan program-program GABEM, jualan di karnival dan Expo seperti MAHA serta Agrofest,” katanya.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, Zahidi turut menyampaikan anugerah kepada tiga usahawan RISDA yang berjaya iaitu Anugerah Usahawan Jaya RISDA Negeri Perak 2016 (Sharipah Suhaimi, 38, dengan pendapatan RM378,000 setahun), Anugerah Usahawan Muda RISDA Negeri Perak 2016 (Meor Amiruddin Aziz, 33, dengan pendapatan RM57,600 setahun) dan Anugerah Khas RISEC 2016 (Meor Abdul Razak Mohd Shimi, 40, dengan pendapatan sebanyak RM360,000 setahun).

perak-today-5

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");