Sukan Hari Ini

‘Culik’ bakat

Munich: Kegilaan kelab Liga Perdana Inggeris yang memburu pemain muda disifatkan sebagai satu ‘penculikan’ oleh ketua pegawai eksekutif Bayern Munich Karl-Heinz Rummenigge.

Bayern sedang dalam proses membangunkan akademi remaja yang baharu tetapi di dalam majalah kelab, Rummenigge menulis: “Kami tidak berhasrat membawa masuk pemain berusia 10 atau 11 tahun seperti yang dilakukan kelab Inggeris.

“Anda boleh menganggap tindakan mereka itu sebagai menculik dan saya mempunyai tanggungjawab moral atas perkara itu. Saya percaya, usia 14 tahun adalah yang paling sesuai untuk pemain remaja hadir di Bayern.”

Akademi baharu itu dijangka siap musim panas depan dan ia terletak di Ingolstadter Strasse di Munich, tidak jauh dari Allianz Arena.

Rummenigge bagaimanapun menyifatkan perjalanan untuk pemain remaja ke skuad utama adalah sukar dan jauh dan menambah: “Ia jauh dan penuh berliku jika anda mahu bermain di Allianz Arena – tetapi saya berani jamin, ia sangat berbaloi.”

Kapten Bayern Philipp Lahmf, penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Thomas Muller dan bekas pemain tengah Bastian Schweinsteiger semuanya datang dari Bavaria dan muncul pemain elit di Munich.

Rummenigge menjanjikan polisi pemilihan yang lebih ketat bagi memastikan bintang masa depan pasukannya datang dari Rosenheim (di Bavaria) berbanding Rio.

Beliau berkata: “Keutamaan kami pastinya warga Jerman.”

Rummenigge turut menekankan keutamaan mereka ialah kualiti dan bukannya kuantiti selaras dengan hasrat mereka untuk mendominasi bola sepak Eropah.

“Kami mahu menumpukan kepada pembangunan di tempat sendiri berbanding pemain yang datang dari luar. Saya tahu bahawa Manchester City mampu melatih hingga 250 pemain dengan kemudahan yang mereka ada. Ia seolah-olah sebuah perkampungan.

“Tetapi kami mahu lebih berhati-hati. Kami tidak mahu menjadi kilang bola sepak.”-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");