Sukan Hari Ini

Gol Penalti Messi Beri Kemenangan Dramatik Barcelona

BARCELONA meraih kemenangan dengan penuh dramatik dalam perlawanan La Liga Sepanyol semasa bertandang ke kubu Valencia pada Sabtu.

Gol semasa penalti menerusi aksi Lionel Messi pada saat akhir permainan membuatkan Barcelona berjaya menundukkan Valencia dengan 3-2.

Barcelona pada minit ke-12 kehilangan pemainnya, Andres Iniesta yang mengalami kecederaan di lutut kanan.

Posisinya digantikan dengan Ivan Rakitic yang mana memberikan impak positif buat skuad di bawah pengurus Luis Enrique.

Semasa berada di kotak penalti, Rakitic memberikan bola kepada Messi, lantas dilakukan serangan secara mendatar ke gawang lawan.

Messi turut menyumbangkan gol pada minit ke-22.

Gol kedua Barcelona dihasilkan oleh Luis Suarez pada minit ke-62.

Dua gol Valencia menerusi aksi Munir El Haddadi dan Rodrigo, masing-masing pada minit ke-52 dan dan 56.

Kemenangan Barcelona ini membawa ia ke kedudukan teratasa La Liga Sepanyol dengan 19 mata.

Atletico Madrid dan Real Madrid, masing-masing di tangga kedua dan ketiga yang akan berlawan pada Ahad.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");