Jenayah

Operasi cari peluncur udara hilang di laut diteruskan

PORT DICKSON: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pengendali luncur udara bermotor yang dikhuatiri lemas selepas dilihat terjatuh ke laut berhampiran pantai Batu 1 di sini semalam, disambung hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Adzli Abu Shah, berkata pihaknya tetap meneruskan SAR walaupun sehingga kini belum menerima laporan orang hilang yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu.

“Operasi disambung jam 9 pagi tadi membabitkan 72 pegawai dan anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Majlis Perbandaran Port Dickson, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta ahli kelab radio amatur tempatan.

“Kami berharap sesiapa yang kehilangan saudara atau rakan yang diketahui mempunyai peralatan luncur udara atau seumpamanya, segera menghubungi polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi semalam, seorang pengendali luncur udara bermotor dilihat terjatuh ke dalam laut, kira-kira 1.5 kilometer dari pantai dan terapung selama kira-kira 30 minit sebelum hilang, dipercayai tenggelam.

Operasi SAR yang dimulakan tidak lama selepas itu tidak menemui mangsa serta peralatan yang digunakannya sebelum ditangguhkan jam 7 malam tadi.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");