Membawang Hari Ini

Persembahan 20 personaliti pelbagai negara

Pesta menghimpun penggiat seni Muslim terbesar di dunia, Festival Kesenian ILM 2016 kembali buat penganjuran tahun kedua di negara ini.

Tahun ini, festival itu dianjurkan bersama ILM dan iM4U dan akan diadakan di Sentral iM4U, Puchong, Selangor, esok.

Menariknya, 20 selebriti dan personaliti hebat dari pelbagai negara bakal membuat persembahan di festival berkenaan yang akan membuka tirai acara pada jam 10 pagi.

Antara artis yang bakal menghiburkan pengunjung ialah Mizz Nina, penyanyi nasyid Muadz Dzulkefly dan Beat-Box Shahzet.

Pengarah ILM Sajid Hussein berkata, lebih 2,000 pengunjung disasarkan menghadiri festival yang menggabungkan muzik, lukisan, kaligrafi Islam dan sajak.

“Festival tahun lalu mendapat sambutan luar biasa dan ia turut mendapat liputan meluas menerusi media sosial dan televisyen,” katanya.

Menurutnya, aktiviti lain yang menanti pengunjung sepanjang hari itu turut termasuk ceramah, bengkel dan persembahan seni.

“Peminat juga boleh menghayati persembahan Castillo yang berasal dari United Kingdom dan penyanyi rap Amerika Syarikat, Essam Muhammad,” katanya.

Menurut Sajid, selain Malaysia, Festival Kesenian ILM turut dibawa ke Melbourne, Australia dan Kuwait, baru-baru ini.

“Festival ini bukan saja menghimpun artis di serata dunia tetapi juga acara yang mencari bakat bakat baru serta menghubungkan belia,” katanya.

Turut memeriahkan acara, penceramah terkenal dan model berhijab pertama H&M, Mariah Idrissi, penyajak Australia Nour Abu-zeid serta pembikin filem dari New York, Aman Ali yang juga pelawak.

Selain itu, artis grafiti Aerosol Ali dan pelukis cahaya Karim Jabbari turut menunjukkan bakat seni mereka kepada pengunjung pada festival berkenaan.

Penceramah yang hadir ialah Nouman Ali Khan, Sh Omar Suleiman dan Sh Yahya Ibrahim.

Tiket masuk Festival Kesenian ILM 2016 dijual pada harga RM50 dan RM225 boleh didapati menerusi laman web www.ilmsartfestival.com.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");