Sukan Hari Ini

Rashid: Chong Wei akan bangkit

Rashid: Chong Wei akan bangkit
Reaksi Leverdez selepas mengalahkan Chong Wei di Terbuka Denmark.
DATUK Lee Chong Wei juga manusia dan tidak boleh menang sepanjang masa.

Itu pandangan bekas jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek selepas ikon badminton negara itu tewas di suku akhir Terbuka Denmark, semalam.

Pemain nombor satu dunia itu gagal mara separuh akhir apabila tewas 17-21, 22-20, 19-21 kepada pemain ranking lebih rendah dari Perancis, Brice Leverdez.

Menurut Rashid, kekalahan itu bukan sesuatu yang terlalu mencemaskan sebaliknya menganggap Chong Wei kini sedang berada dalam fasa ‘penurunan permainan’ dan ia adalah proses peralihan biasa buat pemain badminton.

“Lagipun, kita tidak boleh menjangkakan Chong Wei akan memenangi semua kejohanan disertai, dia juga manusia biasa yang tidak sempurna.

“Saya percaya dia akan kembali bangkit, pada masa sama kedua-dua jurulatihnya perlu analisis kelemahan Chong Wei termasuk kaji kekuatan lawan yang semakin meningkat, bukan sahaja tertumpu pemain China sahaja,” katanya selepas Milo Champions Clinic di Sports Affair, semalam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");