Berita Hari Ini

MARA anjur forum perniagaan antarabangsa

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) terus konsisten memartabatkan Bumiputera melalui peluang keusahawanan ke peringkat global melalui penganjuran ‘The 5th MARA-OISCA International Business Forum’ di Hotel Primula, Kuala Terengganu, pada 24 hingga 25 Oktober ini.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, forum ini adalah program kerjasama antara MARA dan Organization for Industrial, Spiritual and Cultural Advancement (OISCA) International Chapter dalam melonjakkan lagi peluang perniagaan serta perkongsian ilmu serta kepakaran dari negara luar kepada usahawan Malaysia.

“Program ini bertujuan menyediakan platform bagi kerajaan, ahli perniagaan, ahli akademik dan masyarakat awam untuk membincang strategi dalam memperkukuhkan kerjasama dan integrasi ekonomi serta perkongsian perniagaan serantau,” katanya.

Tambah beliau, susulan daripada kejayaan penganjuran kali pertama pada 2012, forum ini akan membuka peluang kepada peserta untuk meraih manfaat globalisasi, termasuk mengambil bahagian dalam nilai rantaian perdagangan global, teknologi inovasi dan seterusnya membentuk rangkaian perkongsian pelaburan bersama negara-negara peserta OISCA.

“Bertemakan ‘Honoring The Past, Treasuring The Present, Shaping The Future’ lebih daripada 50 orang usahawan dari 36 negara dan 100 usahawan Bumiputera dijangka menyertai program ini yang membariskan ahli panel berpengalaman seperti Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Terangganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak; Pengarah Kanan MATRADE, Sharimahton Mat Saleh; dan Pengurus ADABI Consumer Industries Sdn. Bhd. Mohamad Zaki Bin Abd Rajak ,” katanya.

Ismail Sabri menambah, forum kali ini menumpukan kepada industri Pelancongan, Makanan dan Minuman, Kraf, Minyak & Gas, Maritim dan Perkhidmatan termasuk Konsultasi Halal yang mana pemilihan industri adalah berdasarkan kekuatan kegiatan ekonomi Pantai Timur dan juga keperluan daripada usahawan luar negera, Jepun terutamanya.

“Saya menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu atas sokongan dan juga kerjasama erat yang diberikan dalam usaha merealisasikan forum yang memberi banyak manfaat kepada usahawan kita,” katanya lagi.

Selain itu, beliau turut menyatakan forum ini mampu mewujudkan hubungan perniagaan antara usahawan Jepun dan usahawan Bumiputera bahkan diperkukuhkan lagi dengan perbincangan lebih teliti mengikut keperluan dan kemampuan syarikat-syarikat berkenaan melalui business matching yang telah dirancang.

“Justeru, saya menyeru kepada usahawan Bumiputera untuk memanfaatkan forum ini dengan meneroka perniagaan yang lebih luas di samping mendapatkan maklumat-maklumat mutakhir melalui perbincangan perbincangan yang diadakan,” katanya.

Sementara itu, selaku ahli OISCA sejak 1967, MARA memainkan peranan signifikan dalam membantu organisasi ini melaksanakan program dan aktiviti terutamanya dalam bidang kerohanian, kebudayaan dan latihan industri dalam menyumbang ke arah keamanan dan kemakmuran dunia.

“Melalui kerjasama ini, ramai pelajar lepasan Institusi Pendidikan Teknikal MARA dan Vokasional MARA mendapat manfaat melalui peluang pendedahan latihan industri di Jepun dan mulai tahun ini, di samping pembangunan usahawan Bumiputera melalui pelbagai aktiviti seperti forum yang dianjurkan ini,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");