Membawang Hari Ini

Park Bo Gum sedia curi hati peminat Malaysia

SETELAH berjaya menambat hati peminat menerusi lakonannya di dalam siri drama Love In The Moonlight, pelakon terkenal Korea Selatan, Park Bo Gum bakal menemui peminat di Malaysia buat pertama kalinya.

Kuala Lumpur merupakan persinggahan pertama aktor berusia 23 tahun ini bagi siri jelajah 2016-2017 PARK BOGUM ASIA TOUR yang akan diadakan pada 10 Disember bertempat di KLCC Plenary Hall, jam 7.30 malam.

Ternyata kedatangan Hallyu Star ini dinantikan peminatnya di Malaysia apabila separuh daripada tiket yang ditawarkan habis dijual pada hari pelancaran tiket online.

Bagi memeriahkan lagi sesi bertemu peminatnya, pihak penganjur telah mengumumkan Fan Project Involvement yang boleh disertai oleh semua pemegang tiket.

Peminat berpeluang mengemukakan soalan, mencadangkan aksi yang ingin dilakukan oleh Bo Gum di atas pentas serta mengundi babak terbaik di dalam siri drama yang dilakonkan Bo Gum iaitu Love in the Moonlight dan Reply 1988.

Salah satu permintaan yang ingin dilihat peminat pastinya aksi tarian Boombastic (sebahagian dari promosi drama Love in the Moonlight) dan persembahan piano.

Namun yang pasti pada sesi bertemu peminat itu nanti Bo Gum bakal mendendangkan lagu single hit pertamanya iaitu My Dearest.

Selain menghiburkan peminat dengan bakat lakonan dan nyanyiannya, Bo Gum yang terkenal dengan layanan mesranya telah menyediakan banyak kejutan untuk berinteraksi dengan peminat tersayang secara lebih dekat.

Pemegang tiket VIP berpeluang menyertai cabutan bertuah bagi sesi foto berkumpulan bersama Park Bo Gum serta poster bersama tandatangan juga akan diberikan kepada 50 pemenang bertuah.

Secara eksklusifnya pada penghujung sesi bertemu peminat tersebut, Park Bo Gum akan berinteraksi dengan peminatnya secara dekat di laluan keluar venue sebagai salah satu cara istimewanya mengucapkan selamat tinggal.

Tiket masih lagi dijual di www.ticketcharge.com.my, manakala tiket eksklusif berharga RM690 (VIP L2) juga boleh didapati di www.cjwowshop.com.my

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");