Sukan Hari Ini

‘Usah ambil mudah’

Kuala Lumpur: “Jangan ambil pusing reputasi lawan.” Demikian amanat Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Ow Soon Kooi kepada skuad remaja negara yang akan berlepas ke Lucknow, India esok untuk menghadapi saingan Piala Dunia Remaja bermula 8 hingga 18 Disember ini.

Jelas Soon Kooi, walau siapa pun lawan yang akan ditemui, beliau percaya mereka juga berasa gusar apabila bertemu skuad negara.

“Ia hanyalah permainan psikologi saja. Saya yakin semua pasukan juga bimbang dengan reputasi lawan ditemui termasuklah Malaysia.

“Melihat kepada pencapaian lalu, kita adalah setaraf dengan pasukan yang beraksi di Piala Dunia Remaja.

“Hanya kurang bernasib baik ketika tewas menerusi penentuan penalti ketika bertemu Korea Selatan pada kempen kelayakan di Piala Remaja Asia, Kuantan tahun lalu yang menyaksikan Malaysia terus gagal ke Piala Dunia,” katanya yang juga pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan MHC.

Tegas Soon Kooi, skuad negara perlu memanfaatkan sebaik-baiknya ‘peluang kedua’ yang diberikan kepada mereka untuk beraksi di saingan berprestij itu.

“Setiap kali turun beraksi, barisan pemain negara perlu membuktikan kepada dunia bahawa mereka memang layak untuk beraksi di Piala Dunia, bukan sekadar mahu melakukan yang terbaik.

“Buktikan kepada dunia bahawa Malaysia mampu memberikan cabaran.

“Jangan takut bertemu lawan yang mempunyai reputasi tinggi seperti Belanda atau pasukan lain,” katanya.

Skuad negara diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Belanda, Belgium dan Mesir. Hanya dua pasukan layak beraksi di saingan suku akhir.

Malaysia ditawarkan beraksi di Piala Dunia Remaja pada saat akhir oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) selepas penyertaan Pakistan dibatalkan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");