Berita Hari Ini

Saintis USM gondol anugerah di Korea Selatan

KUALA LUMPUR: Tiga penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) meraih beberapa anugerah utama World Scientist Award (WSA), World Inventor Award Festival (WIAF) dan Korean Inventor Award Festival (KIAF) 2016.

Mereka adalah Prof Dr Hanafi Ismail, Prof Dr Abdul Latif Ahmad dan Prof Dr Fauziah Ahmad, ketiga-tiganya dari Kampus Kejuruteraan di Seberang Perai, Pulau Pinang.

USM dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, penyampaian anugerah itu berlangsung di Seoul, Korea Selatan, Ahad lalu.

Ketiga-tiga saintis USM berkenaan pernah memenangi beberapa anugerah antarabangsa sebelum ini.

Lebih 50 penyelidik dan saintis dari Hong Kong, China, Thailand, Indonesia, Filipina, India, Mesir, Iran, Arab Saudi dan Korea Selatan, mendapat pelbagai anugerah dalam kategori yang berbeza bagi KIAF, WIAF dan WSA 2016.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");