Jenayah

Tak sempat kutip durian

PADAWAN: Seorang lelaki meninggal dunia selepas pengsan ketika dalam perjalanan mengutip durian di dusun Kampung Siga, Siburan di sini, malam tadi.

Peter Sidan, 53, disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9 malam tadi.

Difahamkan, mangsa bersama seorang rakannya memasuki dusun itu yang mengambil masa 40 minit perjalanan menerusi denai hutan pada jam 8 malam.

Bagaimanapun, ketika menghampiri kawasan dusun, Peter dilaporkan pengsan dan rakannya berlari keluar dari hutan untuk mendapatkan bantuan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 9.06 malam meminta bantuan membawa mangsa keluar dari hutan.

“Ketika anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan tiba di lokasi pada jam 9.40 malam, pihak perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

-BH ONline

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");