Berita Hari Ini

Menteri lancar laporan pengurusan sumber air

KUALA LUMPUR: Satu laporan makluman yang diterbitkan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) mengenai strategi dan pelan tindakan untuk pengurusan sumber air peringkat kebangsaan dilancarkan di sini malam ini.

Dokumen bertajuk ‘Transformasi Sektor Air: Pelan Pengurusan Sumber Air Bersepadu Negara – Strategi dan Pelan Tindakan’, dilancarkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau.

“Pengurusan air negara segala-galanya mempunyai kaitan dengan tadbir urus yang sempurna dan perkongsian pintar merangkumi kementerian, sektor dan domain ilmu.

“Laporan itu akan menjadi rujukan berguna bagi kerajaan untuk merangka hala tuju pengurusan air yang lebih efektif dan efisien,” kata beliau pada majlis itu.

Beliau juga mengumumkan senarai 25 Fellow baharu ASM. Fellowship ASM adalah pengiktirafan tertinggi kepada saintis, jurutera dan ahli teknologi di negara ini yang dipilih mencakupi pelbagai disiplin sains pada mesyuarat agung tahunan ASM.

Setakat ini, ASM mempunyai 301 fellow termasuk 27 Fellow Kanan.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");