Membawang Hari Ini

Hanya seminggu rancang nikah – Hazama

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Hazama Azmi, 33, mendedahkan beliau hanya membuat keputusan untuk melangsungkan pernikahan bersama pemuzik, Genervie Kam, 37, seminggu sebelum mereka diijabkabulkan.

Hazama yang mengakhiri zaman bujang pada minggu lalu itu menjelaskan, jadual kerjanya yang padat menjadi punca beliau memilih untuk mendirikan rumah tangga menjelang Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31).

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kelancaran majlis pernikahan dan resepsi biarpun keputusan itu dibuat pada saat akhir.

“Mungkin benar kata pepatah, seandainya niat kita baik, maka semuanya dipermudahkan.

“Malah, baju yang digayakan pada hari pernikahan itu pun dibeli saja, tanpa perlu ‘fitting’. Busana isteri pula siap dalam tempoh dua hari saja. Majlis perkahwinan yang diimpikan selama ini berjaya menjadi kenyataan,” katanya kepada BH Online.

Hazama sah bergelar suami kepada pemuzik terbabit di Orchrad Villa Gombak pada Ahad lalu, selepas kira-kira lima tahun bercinta.

Malam ini, penyanyi lagu Di Amaran Mama itu turut berentap di pentas berprestij AJL31 bersama 11 artis lain. Lebih manis, isterinya turut berada di pentas sebagai pemuzik.

“Tiada apa yang berubah, mungkin kami lebih selesa bekerjasama kerana sudah sah sebagai suami isteri.

“Diharapkan, semuanya akan berjalan lancar pada malam ini,” kata Hazama yang sudah empat kali bersaing pada acara terbabit.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");