Laporan Eksklusif

Sukarelawan Belajar Latihan, Kursus CPR

BAGI menghadapi situasi kecemasan, pihak perubatan dan sukarelawan yang menyertai Misi Kemanusian Food Flotilla For Myanmar mengambil inisiatif memberikan latihan dan kursus CPR kepada mereka yang menyertai misi tersebut.

Seramai 50 peserta terlibat dalam setiap latihan yang diadakan setiap hari bermula dari jam 3 petang hingga 5 petang.

“Latihan CPR ini diadakan di Bridge Deck dan di kelolakan oleh doktor-doktor pakar yang turut serta dalam misi ini.

“Hari ini merupakan hari ke tiga kursus ini diadakan dan semua peserta yang terlibat akan diberikan sijil penyertaan yang disediakan oleh Nautikal Aliya,”kata wakil Perak Today yang menyertai misi kemanusiaan tersebut.

Kapal Nautica Aliya kini berada di Perairan Andaman berhampiran kepulauan Phuket, Thailand.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");