Jenayah

Suspek ditahan 4 jam selepas gagal rompak wanita

MIRI – Seorang lelaki ditahan empat jam selepas gagal dalam cubaan menyamun seorang wanita di dalam kereta mangsa di Jalan Taman Permai Jaya di sini, semalam.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa, seorang juruwang berusia 36 tahun, berada dalam kereta apabila suspek terus memasuki kereta itu dan mengacu sebilah pisau sambil memaksa mangsa memandu kereta.

Bagaimanapun, mangsa bertindak pantas dengan keluar dari kereta sambil menjerit meminta pertolongan dari orang awam di kawasan itu sehingga memaksa suspek panik dan cuba melarikan dengan menaiki sebuah motosikal.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, orang ramai cuba untuk menangkap lelaki tersebut tetapi gagal apabila suspek dapat meloloskan diri selepas terjatuh dengan meninggalkan motosikal dan sebilah pisau di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, atas maklumat awam, suspek berusia 43 tahun itu ditangkap di pekarangan rumahnya di Permyjaya di sini pada pukul 5.40 petang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");