Berita Hari Ini

3,000 tempat untuk pelajar cemerlang gagal lanjut pelajaran di UiTM

SHAH ALAM 26 Mac – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyediakan 3,000 tempat untuk pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang gagal melanjutkan pelajaran.

Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, peluang itu diberi kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dan pelajar luar bandar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran atas pelbagai faktor antaranya masalah kewangan.

“UiTM akan menyediakan tempat untuk pelajar golongan ini dan bantuan yang sepatutnya juga akan dihulurkan agar mereka dapat belajar dengan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ekspo Selangkah ke UiTM di sini hari ini.

Katanya universiti itu menyasarkan sehingga dua kali ganda pengambilan pelajar bagi sesi pengajian 2017 berbanding tahun lepas. Namun beliau tidak memberikan jumlah pengambilan tahun lalu.

Hassan berkata, pihaknya yakin angka berkenaan dapat dicapai berikutan kampus baharu universiti itu yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan dan Raub, Pahang telah siap dan boleh digunakan.

“Ditambah dengan kampus di Puncak Alam, saya yakin jumlah berkenaan dapat dicapai.

“Ia juga merupakan antara usaha bagi memastikan sasaran pengambilan pelajar sebanyak 200,000 pada 2020 dapat dicapai,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");