Perak Hari Ini

8,300 Wargakota Sertai ‘Ipoh Car Free Day’

IPOH: Program ‘Ipoh Car Free Day’ bulan Mac ini berjaya menarik 8,300 wargakota Ipoh mengunjungi program ini yang telah diadakan di Jalan Raja Dihilir pagi tadi.

Program pada kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Zamri Man yang tidak pernah gagal melepaskan peluang untuk bersama-sama wargakota Ipoh.

Menurut Zamri, beliau mengharapkan program ini dapat menjadikan Ipoh sebuah bandar rendah karbon.

“Saya berharap program ini dapat menjadikan Ipoh sebuah bandar rendah karbon serta menarik kehadiran wargakota untuk bersantai pada hujung minggu.

“Aktiviti ini juga diharapkan dapat memeriahkan Tahun Melawat Perak 2017,” katanya.

Selain mendapat sambutan menggalakkan dari wargakota, program ini turut menarik kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Antara aktiviti yang telah diadakan adalah senamrobik, soccer kids, pemeriksaan kesihatan oleh Hospital Pakar KPJ Ipoh, BP Healthcare Group Ipoh dan aktiviti gunting rambut oleh Europhia Academy.

Antara aktiviti menarik lain adalah Fun Walk sempena Hari Air Sedunia, pertandingan kucing, kayuhan santai dan Extreme Fun Ride.

Program anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ini bertujuan untuk menjadikan Ipoh kearah sebuah Bandar rendah Karbon dan bertujuan untuk melaksanakan Inovasi Sosial bagi menyelesaikan masalah alam sekitar, kesihatan dan keselamatan wargakota serta hubungan sosial sesama masyarakat.

Program ini diadakan pada setiap bulan pada hari Ahad minggu keempat. Manakala pada bulan Mei akan diadakan pada minggu ketiga kerana tarikh yang bertindih dengan bulan Ramadan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");