Sukan Hari Ini

KAFA Hormati Keputusan Annuar Musa

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menghormati keputusan penasihatnya Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Kongres FAM, Sabtu ini.

Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor turut menyifatkan keputusan Annuar itu sebagai satu langkah yang bijak bagi memberi laluan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membangunkan bola sepak negara.

“Keputusan yang diambil Tan Sri Annuar tidak mengejutkan kerana kami faham beliau mempunyai banyak lagi tanggungjawab yang perlu dipikul memandangkan beliau juga seorang anggota Parlimen.

“Tindakan beliau juga wajar dipuji kerana ia dapat mendekatkan rakyat dengan pihak istana dalam pembangunan bola sepak negara,” katanya memetik sumber Bernama.

Terdahulu, Annuar mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden FAM dalam sidang media khas di bangunan Parlimen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");