Membawang Hari Ini

Zul Ariffin ingin hadiahkan motosikal kepada peminat

KUALA LUMPUR: Pelakon Zul Ariffin, mengakui sanggup untuk menghadiahkan motosikal berkuasa tinggi, Ducati Hypermotard miliknya sebagai tanda penghargaan kepada peminat.

Zul berkata, motosikal terbabit dibeli dengan harga hampir RM70,000 pada tahun lalu bagi menjayakan penggambaran beberapa babak dalam filem lakonannya, J Revolusi.

“Saya beli motosikal berkenaan bagi menjayakan J Revolusi dan saya sendiri yang mencadangkan kepada pihak produksi untuk menghadiahkan kenderaan ini kepada peminat bertuah.

“Saya memang sayangkan motosikal ini dan percaya, menerusi cara ini, ia akan meninggalkan memori indah buat saya sendiri kerana memberikan sesuatu yang disayangi kepada orang lain,” katanya memetik sumber BH Online.

Filem J Revolusi turut dibintangi pelakon popular seperti Farid Kamil, Nur Fazura dan Izara Aishah.

Bagi mereka yang ingin memenangi motosikal milik aktor berkenaan, mereka cuma perlu memuat naik dua gambar tiket wayang filem J Revolusi yang dibeli antara 17 Mac hingga 2 April di Facebook atau Instagram.

Mereka kemudian dikehendaki memberikan sebab kenapa filem terbabit wajib ditonton, diikuti tanda pagar #ZulAriffinDanJayZulkarnain, #JRevolusi dan #FilemWajibTonton2017.

Pemenang akan dipilih menerusi cabutan bertuah dan senarainya akan diumumkan pada 7 April 2017 di akaun Facebook serta Instagram J Revolusi.

Pemenang utama bakal memenangi Ducati Hypermotard 821 tahun 2014, manakala pemenang hadiah pertama dan kedua masing-masing akan memenangi sut biru dan dua helai kemeja yang pernah dipakai Zul dalam filem terbabit.

Sepuluh pemenang sagu hati pula akan menerima lencana eksklusif, kasut taktikal, jam tangan, sarung tangan, topi dan kemeja-T.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");